Our Baby Development

Lilypie Maternity tickers

Tuesday, December 11, 2012

Isteri pregnant? Jangn bimbang lah




Untuk brader brader yang baru saja mendapat khabar bahawasanya bini anda pregnant, pasti tidak tahu nak buat apa kan? Jangan susah hati, jangan runsing runsing ada orang boleh tolong punya.

- UPT test, urine pregnancy test. alat ni memang confirm accurate, 99% punya. kalau pi klinik swasta untuk sahkan, depa akan pakai alat ni jugak. so tak payah nk buang duit RM10. Normally kalau pergi jugak, doctor akan bagitau dah berapa lama pregnant. Boleh dikira dari 'haid' terakhir isteri anda. Ingat isteri anda ok, jangan tanya isteri orang lain. 

- Normally kalau dah confirm UPT positive dengan 2 garisan lurus bukan potong potong ye, pergi je klinik untuk buat scan. Kalau masih baru, lebih kurang 6-8 minggu, hanya akan kelihatan kantung serta sebji bentuk menyerupai kacang. itulah zuriat saudara saudari.

- Bila nak buat buku merah? Selalunya bila dah disahkan mengandung, eloklah buat buku merah tuh. Kat mana? Bukan kat Tesco atau Jusco ok. Kat klinik kesihatan berdekatan anda. Penting ke buku merah nih? Ya sangat penting. Sebab nk rekodkan kesihatan bini anda sekalian. Apa-apa perubahan memang sangat senang untuk dikenalpasti sebab dah ada sejarah perubatan. Dan lagi satu, pastikan buku merah ni kena bawak ke mana saja, sebab kalau jadi apa apa kat ibu, doktor boleh refer. Sebab selalunya kalau pi klinik kena mention bahawa bini kita pregnant. So ubat yang doktor bagi pun selalunya dalam dose yang rendah.

- Untuk org Islam, boleh la baca surah Luqman, Yusuf dan surah Maryam. Ingat, bapak budak pun kena baca juga, jangan harapkan semua surah isteri nak baca. Kan lebih afdhal kalau dua dua baca, boleh la mengimrahkan rumah tu sekali. Surah paling pendek antara ke tiga tiga surah ni ialah surah Luqmam. So kalau masa tu sempit, lepas maghrib pon sempat baca. Kalau surah yang panjang macam Yusuf dan Maryam, boleh ja baca sikit sikit. At least anak tu boleh dengar ayat ayat quran selain dari kita dok layan Hot fm atau Era fm. Apa pun tarak.

- Susu untuk ibu. Ya ketika mengandung pun sesuai untuk ibu ibu mengandung ni minum susu. Sebab apa? Unutk meningkatkan pertumbuhan otak bayi agar lebih cergas dan aktif. Untuk ibu pula, sebagai extra energy untuk mengharungi hari hari yang mencabar. Saya yang tak mengandung ni pun rasa tercabar dengan kepenatan dan kepanasan di Malaysia ni. Itu yang rasa macam nk pindah ke New Zealand sambil makan buah kiwi. 

- Buah buahan. Sesuai sekali adalah buah kiwi sebab kandungan folic acid yang tinggi. 4 biji 5 ringgit kalau tak silap kalau beli kat tesco. Pernah beli haritu, last last bapak budak jugak yang belasah sampai boleh buat ice blanded kiwi lagi. Nak buat macam mana, mak budak tak lalu makan. Bluek bluek saja masa tu. 

Untuk para brader, make sure jaga isteri yang sedang mengandung dengan penuh kasih sayang ok. Emosi mereka sangatla tidak stabil dan make sure jangan mintak bukan bukan. Takut nanti kena tidur atas lantai. Haha



1 comment:

  1. Thanks For.. Sharing Information...Your website is very nice..

    This is Sarkari Result From India.. Click Here To Open link and Get Your Latest Jobs, Admit Cards, Result, ANswer Key & many more.. thanks..

    Nice Site...............

    Sarkari Result
    Sarkari Results
    sarkariexam
    Sarkari Result 2019
    sarkariresult
    sarkari job
    sarkariexam result
    sarkari naukri in up
    rojgar result
    sarkari result in hindi

    ReplyDelete