Our Baby Development

Lilypie Maternity tickers

Sunday, December 9, 2012

Demam di kalangan ibu mengandung

Terkejut jugak masa call isteri hari subuh ahad lepas bila mak mertua yang angkat call. Daripada nada loving loving touchinh touching terus jadi intonasi skema balik. Isteri tak larat nak angkat phone sebab dah memang lemah sangat sebab dah demam 2 hari tanpa surut. Walaupun dah ambil ubat kat klinik masih suhu badan tak turun turun.

Jadi penyelesaiannya haruslah dihantar ke hospital. Swasta atau kerajaan? Dalam keadaan blur yang teramat sangat, maklumla pertama kali isteri demam teruk ditambah pula dengan mengandung, so keputusannya ke swasta. Yang paling takut masa ni sebab memikirkan kandungan isteri ada apa-apa kemungkinan atau tidak. Ye la kan, masa menganduung ni kalau ada apa-apa yang terjadi pada isteri haruslah memikirkan nyawa lagi satu yakni kandungan. Udah la kat dalam perut tak leh berkomunikasi, yakni skype ataupun yahoo messengger lagi la tak boleh connect. Risau abah dibuatnya.

So untuk bakal bapa, jangan bimbang. Ada sedikit maklumat yang boleh dibaca. Saya cilok dari Dr Zubaidi.

''Demam sebenarnya tindak balas badan terhadap jangkitan kuman dan penyakit lain. Setakat ini belum ada kajian khusus yang menyatakan kesan suhu badan yang panas akan memudaratkan bayi '' Alhamdulillah lega ;)

Sekejap tadi baru saja isteri call, dah boleh discharge. Keadaan ibu dan bayi stabil. Dan nak tahu sesuatu? Jantina bayi sudah diketahui dan rupa pun dah boleh dikenalpasti. 

Teruja oit!! InsyaAllah anak abah akan selamat dilahirkan ke dunia. Tak sabar rasanya nak rasa perasaan mengazankan ke telinga anak abah nanti.

No comments:

Post a Comment